Friday 3 January 2014

WANITA & FAKTA..





Dreams by fatimahzafira






Bagaimana seorang lelaki mengidamkan or suka melihat seorang wanita yang cantik, jelita, kemas dan berkaliber…begitu juga seorang wanita menginginkan seorang lelaki yang kemas, mempunyai karismanya yang tersendiri, berkaliber dan personaliti yang menarik.

Ya, xsemua mampu memiliki pasangan yang sempurna..tapi sekurang-kurangnya cuba untuk memenuhinya..ahaha..bunyi macam demandkan? Bukan demand dalam mencari  pasangan tetapi sekurang-kurangnya sejuk untuk mata memandang. Bukan sempurna yang kita mahukan tapi kegembiraan untuk bersama pasangan. Bagaimana kita suka untuk melihat pantai yang tenang, bunga yang segar dan cantik begitu juga dengan pasangan kita. Ciptaan Tuhan itu istimewa dan semuanya cantik dan indah belaka. Cuma kita sebagai manusia tidak tahu menghias ciptaan yang diberi seadanya. Tetapi diingatkan berhiaslah mengikut syariatnya. Salah berhias lain pulak jadinya karang.

Bukankah kekemasan itu juga telah dituntut dalam islam? sedangkan Allah suka ciptaan yang indah2 apalagi kita sebagai hambanya.

Handsome DJs Only by metal-marty

Adakah salah mendambakan sesuatu yang indah sebagai hiasan hati?? sesungguhnya mata manusia tetap akan tertumpu kepada kecantikan dan perhiasan dunia dan keindahan itulah yang membezakan antara syurga dan neraka. Jika bayangan neraka indah dan menenangkan, maka sibuklah sekalian manusia mengidamkn neraka tetapi oleh kerana telah diceritakan bahawa neraka itu panas penuh dengan jeritan yang menggerunkan pastinya tidak ada diantara mereka yang berhajat untuk singgah ke neraka walau hanya untuk satu minit. Hurm, tapi xsemua ada pendapat yang. semua orang mempunyai pendapat yang berbeza2. Wallahua’lam..

No comments:

Post a Comment