Tuesday 4 June 2013

Nota Terakhir buat Ana... :(


Hye…nama aku Ana.
Aku pelajar IPTS dari fakulti engeneering semester  6. Aku tak sepandai macam orang lain, tak secantik macam kawan2 lain dan paling penting tak sekaya orang2 disekeliling aku. Pertama kali aku menjejakkan kaki di IPTS ni ramai yang datang  naik kereta mewah, superbike dan sebagainya. Aku?? Aku hanya berjalan kaki je..tak pe la,exercise.

Sufian a.k.a pian adalah sahabat yang baru sahaja aku kenal semasa di IPTS. Orangnya boleh tahan ada sikit2 muka macam Adi putera, segak, bergaya, sawa matang  dan paling aku suka ialah dia seorang yang berkaliber dan sangat tegas. Selalu kami meluangkan masa  bersama, berkongsi makanan, mencuri buku masing2 dan pada masa yang sama menconteng buku tersebut dengan lukisan yang bukan2, selalu mengganggu kebahagiaan orang lain dan pian adalah satu-satunya lelaki  yang faham akan diriku. Setiap hari kami ke kelas, dia akan mencuit pipi aku dengan pen biru atau merah *sangat biadap dan aku jadi pengunjung setia tandas pada waktu pagi untuk membersihkan kesan contengan yang dia telah hasilkan ke atas diriku yang teraniaya ni. Walaupun agak kurang asam, tapi aku sangat sayangkan pian. Bagi aku, pian adalah penawar tatkala aku stress, kecewa dan sedih. Aku berharap aku juga adalah penawar baginya.

Setahun perkenalan antara aku dan pian lama-kelamaan rasa sebagai seorang sahabat bertukar menjadi rasa cinta. Sayang aku terhadap pian bukan lagi sekadar kawan biasa tetapi lebih dari itu. Aku mula cemburu dengan wanita2 cantik yang semakin rapat dengannya. Yelah, orang segak. Siapa tak nak kan?. Hurmm, aku hanya diamkan diri dan berlagak steady. Seperti biasa, aku sentiasa bersamanya bak kata kawan2 yang lain kami ni ibarat macam belangkas tak duduk diam. Tapi bagi aku pulak, kami bagaikan pinang di belah dua. Aish!!mengadew pulok..heeee…*senyum sorang2.okok,steady. Semakin lama penyakit cinta aku semakin serius dan aku telah membuat keputusan untuk memberitahu pian tentang perasaan aku. Aku menulis satu nota di buku pian yang telah aku curi bahawa aku cinta akan dirinya dan pulangkan kembali buku tersebut setelah dia keluar dari kelasnya. Dupdapdupdap jantung aku tak berhenti. Pada pukul 5 petang, aku telah berjanji untuk minum bersama di kafe kolej dan aku sudah sampai dahulu sebelum pian. Dupdapdupdap jantung aku masih lagi tidak berhenti. Haih!risau!. tepat 5.15 pian sampai.

Pian :“lama tunggu?”
Aku: “mm, sempatla jugak korek hidung pakai garfu ni ha.
Pian : “haha.sengal..”

Dua2 membisu. Aku bangun order air kosong satu dengan fresh orange.

Pian: “kau yang tulis nota kat buku aku kan??”
Aku: “hoh? Mm.…haaaaa,tadi aku cilok.saje conteng2.ingat kau tak bace.”
Pian: “kenapa sekarang baru bagitau”
Aku: “bagitau ape??”
Pian: “yang kau suke aku”
Aku: “……….mm..jemput minum”’
Pian: “aku busy..assignment hari ni last kena hantar. Lepas ni kita kan jumpa malam kita graduate. Kat tempat biasa nak balik.jangan balik dulu!.tunggu aku. Ada sesuatu aku nak bagitau.bye”

Sufian lantas bangun dan meninggalkan aku.

Walaupun cinta tak terbalas, aku tetap berasa lega tetapi selepas ini memang aku sudah membuat keputusan untuk tidak lagi berjumpa dengan pian sampailah malam graduate kami.

Semester 6 telah pun melabuhkan tirai dan kami pelajar semester 6 sangat2 gembira. Aku dan rakan2 yang lain saling mengambil gambar masing2 sebagai kenangan. Aku dan pian juga turut bergambar bersama. Ikut hati memang segan tetapi oleh kerana kami dikenali sebagai  belangkas, ramai yang memaksa kami untuk bergamba.aku sangat gembira bergambar dengan kekasih hati.hewhew..tak tau macam mana untuk menggambarkan sayang aku terhadap pian kerana ianya sangat mendalam.

Setelah semua pelajar pulang ke rumah, aku menunggu pian kekasih hari di tepi  jalan tempat biasa kami menunggu untuk pulang bersama tidak jauh dari kolej.masih kelihatan ada pelajar yang baru sahaja ingin beredar dari tempat tersebut. Aku melintas jalan di depan dahulu sebelum pian yang masih sebuk melayan rakannya dan aku menunggu pian di bawah pokok rendang yang ada di tepi jalan tersebut. Dari situ aku boleh melihat pian keluar daripada kolej dengan membawa sejambak bunga. Dalam hati sudah berkata “tu mesti admire die bagi.huh!..werk”. aku mengejek pian yang jauh dariku.

Pian keluar dari pagar kolej sambil memandang kearahku dan pandangannya berbeza seperti selalu.. Aku hiraukan dan terus memandang kearah pian dan pian juga begitu sambil die melintasi jalan tanpa melihat kiri dan kanan.. 

Tiba-tiba, “poooooooooooonnnnnnnnnnnnnnn!!!!!”

Lututku mula menggigil tanpa henti.aku seolah-olah menjadi orang lumpuh ketika itu.jantungku mula ingin rasa berhenti.nafas ku kian menjadi laju dan airmataku secara automatik terus merembes keluar seperti hujan lebat yang tiada penghujungnya. Aku berlari kearah pian yang sudah dilumuri dengan darah. Kereta yang telah melanggarya tadi terus lesap dari pandangan. Pian aku letakkan kepalanya di atas pangkuanku dan digagahkan tangannya untuk memberikanku sejambak bunga yang dibawanya tadi. Sebuah nota diselitkan di sebalik bunga ros itu lantas aku membuka dan membacanya. Sah, bunga untuk adalah khas untukku. Di dalam nota tersebut ada tertulis,

“Ana... Dah lama aku tunggu kau. Aku sangat cintakan kau tapi aku takut nak bagitau. Tiap hari aku tengok balik apa yang kau conteng dekat buku aku, gamba2 yang kita ambil sama2 time picnic. pertama kali kita jumpe aku dah jatuh cinta dengan kau. Kau sangat istimewa buat aku ana. aku selalu nak dekat,nak jadi kawan kau sebab Aku tak nak ada orang lain yang dekat  dan rapat dengan kau dari aku. Sebab tu  aku selalu conteng pipi kau. biar orang laki tak nak kat kau..hehe. aku rasa aku adalah orang yang paling bahagia masa kau bagitau aku kau suka dekat aku tapi aku tak sempat bagitau kau sebab aku busy. Ana…..sudi tak kau jadi isteri aku akan datang? –sufian”

Air mataku merembes keluar tidak berhenti. Aku hanya mampu menjerit meminta bantuan dari orang ramai. Pian memegang tanganku erat dan dalam keadaannya yang tidak mampu untuk bernafas, dia mengatakan “ma….maafkan aku ana.. A……ku cin….takan kau du…nia akhir…at” dan setelah itu pian terus meleraikan tangannya dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

5 bulan telah berlalu dan Sehinggahari ini, aku tidak mampu menerima lelaki lain seperti mana aku menerima arwah sufian. Ketiadaanya membuatkan aku terlalu rindu dengannya sehinggakan hari2ku semakin kusam dan terus kusam. Aku tidak rasa sebahagia dulu, setenang dahulu. Kalau dulu arwah sufian akan mengelapkan dan menggembirakan aku tatkala aku sedih, tetapi kini tiada lagi yang akan menemaniku. Bagiku, dialah sahabat baikku, guruku dan kekasih yang ku sayangi dan cintai. 

Aku tidak berhenti2 menangis sehinggakan aku dihidapi penyakit. Penyakitku semakin teruk dan serius sehingga aku tidak mampu untuk berjalan.aku menjadi lemah secara tiba2 dan ingatanku hanyalah pada arwah sufian. Setiap hari aku membaca nota terakhirnya buatku dan jambangan bunga ros yang telah semakin layu dan membusuk, Setiap hari aku menyebut namanya dengan harapan dia datang menemaniku, dan setiap hari juga aku menelefonnya dengan harapan dia akan berbual denganku. Tetapi semua itu hanyalah sia-sia. Aku tidak dapat melihat wajahnya dan meluangkan masa bersama seperti yang telah kami lalui selama ini. Andai aku tahu dia juga mempunyai perasaan yang sama sepertiku, akan aku curahkan sayangku terhadapnya.

Puas aku menangis tetapi pian tidak juga datang kepadaku.aku mula berasa ngntuk dan letih untuk menunggunya. Saat ini, Aku berasa ingin tidur untuk merehatkan diriku dan mungkin ini adalah tidurku untuk selama-lamanya.




No comments:

Post a Comment