Hye…nama aku Ana.
Aku pelajar IPTS dari fakulti engeneering semester 6. Aku tak sepandai macam orang lain, tak
secantik macam kawan2 lain dan paling penting tak sekaya orang2 disekeliling
aku. Pertama kali aku menjejakkan kaki di IPTS ni ramai yang datang naik kereta mewah, superbike dan sebagainya. Aku??
Aku hanya berjalan kaki je..tak pe la,exercise.
Sufian a.k.a pian adalah sahabat yang baru sahaja aku
kenal semasa di IPTS. Orangnya boleh tahan ada sikit2 muka macam Adi putera,
segak, bergaya, sawa matang dan paling aku
suka ialah dia seorang yang berkaliber dan sangat tegas. Selalu kami meluangkan
masa bersama, berkongsi makanan, mencuri
buku masing2 dan pada masa yang sama menconteng buku tersebut dengan lukisan
yang bukan2, selalu mengganggu kebahagiaan orang lain dan pian adalah
satu-satunya lelaki yang faham akan
diriku. Setiap hari kami ke kelas, dia akan mencuit pipi aku dengan pen biru
atau merah *sangat biadap dan aku jadi pengunjung setia tandas pada waktu pagi
untuk membersihkan kesan contengan yang dia telah hasilkan ke atas diriku yang
teraniaya ni. Walaupun agak kurang asam, tapi aku sangat sayangkan pian. Bagi
aku, pian adalah penawar tatkala aku stress, kecewa dan sedih. Aku berharap aku
juga adalah penawar baginya.
Setahun perkenalan antara aku dan pian lama-kelamaan
rasa sebagai seorang sahabat bertukar menjadi rasa cinta. Sayang aku terhadap
pian bukan lagi sekadar kawan biasa tetapi lebih dari itu. Aku mula cemburu
dengan wanita2 cantik yang semakin rapat dengannya. Yelah, orang segak. Siapa tak
nak kan?. Hurmm, aku hanya diamkan diri dan berlagak steady. Seperti biasa, aku
sentiasa bersamanya bak kata kawan2 yang lain kami ni ibarat macam belangkas
tak duduk diam. Tapi bagi aku pulak, kami bagaikan pinang di belah dua. Aish!!mengadew
pulok..heeee…*senyum sorang2.okok,steady. Semakin lama penyakit cinta aku
semakin serius dan aku telah membuat keputusan untuk memberitahu pian tentang
perasaan aku. Aku menulis satu nota di buku pian yang telah aku curi bahawa aku
cinta akan dirinya dan pulangkan kembali buku tersebut setelah dia keluar dari
kelasnya. Dupdapdupdap jantung aku tak berhenti. Pada pukul 5 petang, aku telah
berjanji untuk minum bersama di kafe kolej dan aku sudah sampai dahulu sebelum
pian. Dupdapdupdap jantung aku masih lagi tidak berhenti. Haih!risau!. tepat
5.15 pian sampai.
Pian :“lama tunggu?”
Aku: “mm, sempatla jugak korek hidung pakai garfu ni ha.”
Pian : “haha.sengal..”
Dua2 membisu. Aku bangun order air kosong satu dengan
fresh orange.
Pian: “kau yang tulis nota kat buku aku kan??”
Aku: “hoh? Mm.…haaaaa,tadi aku cilok.saje conteng2.ingat
kau tak bace.”
Pian: “kenapa sekarang baru bagitau”
Aku: “bagitau ape??”
Pian: “yang kau suke aku”
Aku: “……….mm..jemput minum”’
Pian: “aku busy..assignment hari ni last kena hantar. Lepas
ni kita kan jumpa malam kita graduate. Kat tempat biasa nak balik.jangan balik
dulu!.tunggu aku. Ada sesuatu aku nak bagitau.bye”
Sufian lantas bangun dan meninggalkan aku.
Walaupun cinta tak terbalas, aku tetap berasa lega tetapi
selepas ini memang aku sudah membuat keputusan untuk tidak lagi berjumpa dengan
pian sampailah malam graduate kami.
Semester 6 telah pun melabuhkan tirai dan kami pelajar
semester 6 sangat2 gembira. Aku dan rakan2 yang lain saling mengambil gambar
masing2 sebagai kenangan. Aku dan pian juga turut bergambar bersama. Ikut hati
memang segan tetapi oleh kerana kami dikenali sebagai belangkas, ramai yang memaksa kami untuk
bergamba.aku sangat gembira bergambar dengan kekasih hati.hewhew..tak tau macam
mana untuk menggambarkan sayang aku terhadap pian kerana ianya sangat mendalam.
Setelah semua pelajar pulang ke rumah, aku menunggu pian
kekasih hari di tepi jalan tempat biasa
kami menunggu untuk pulang bersama tidak jauh dari kolej.masih kelihatan ada
pelajar yang baru sahaja ingin beredar dari tempat tersebut. Aku melintas jalan
di depan dahulu sebelum pian yang masih sebuk melayan rakannya dan aku menunggu
pian di bawah pokok rendang yang ada di tepi jalan tersebut. Dari situ aku
boleh melihat pian keluar daripada kolej dengan membawa sejambak bunga. Dalam hati
sudah berkata “tu mesti admire die bagi.huh!..werk”. aku mengejek pian yang
jauh dariku.
Pian keluar dari pagar kolej sambil memandang kearahku
dan pandangannya berbeza seperti selalu.. Aku hiraukan dan terus memandang
kearah pian dan pian juga begitu sambil die melintasi jalan tanpa melihat kiri
dan kanan..
Tiba-tiba, “poooooooooooonnnnnnnnnnnnnnn!!!!!”
Lututku mula menggigil tanpa henti.aku seolah-olah
menjadi orang lumpuh ketika itu.jantungku mula ingin rasa berhenti.nafas ku
kian menjadi laju dan airmataku secara automatik terus merembes keluar seperti
hujan lebat yang tiada penghujungnya. Aku berlari kearah pian yang sudah
dilumuri dengan darah. Kereta yang telah melanggarya tadi terus lesap dari
pandangan. Pian aku letakkan kepalanya di atas pangkuanku dan digagahkan
tangannya untuk memberikanku sejambak bunga yang dibawanya tadi. Sebuah nota
diselitkan di sebalik bunga ros itu lantas aku membuka dan membacanya. Sah,
bunga untuk adalah khas untukku. Di dalam nota tersebut ada tertulis,
“Ana... Dah lama aku tunggu kau. Aku sangat cintakan kau
tapi aku takut nak bagitau. Tiap hari aku tengok balik apa yang kau conteng dekat
buku aku, gamba2 yang kita ambil sama2 time picnic. pertama kali kita jumpe aku
dah jatuh cinta dengan kau. Kau sangat istimewa buat aku ana. aku selalu nak
dekat,nak jadi kawan kau sebab Aku tak nak ada orang lain yang dekat dan rapat dengan kau dari aku. Sebab tu aku selalu conteng pipi kau. biar orang laki
tak nak kat kau..hehe. aku rasa aku adalah orang yang paling bahagia masa kau
bagitau aku kau suka dekat aku tapi aku tak sempat bagitau kau sebab aku busy. Ana…..sudi
tak kau jadi isteri aku akan datang? –sufian”
Air mataku merembes keluar tidak berhenti. Aku hanya
mampu menjerit meminta bantuan dari orang ramai. Pian memegang tanganku erat
dan dalam keadaannya yang tidak mampu untuk bernafas, dia mengatakan “ma….maafkan
aku ana.. A……ku cin….takan kau du…nia akhir…at” dan setelah itu pian terus meleraikan
tangannya dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.
5 bulan telah berlalu dan Sehinggahari ini, aku tidak
mampu menerima lelaki lain seperti mana aku menerima arwah sufian. Ketiadaanya membuatkan
aku terlalu rindu dengannya sehinggakan hari2ku semakin kusam dan terus kusam. Aku
tidak rasa sebahagia dulu, setenang dahulu. Kalau dulu arwah sufian akan
mengelapkan dan menggembirakan aku tatkala aku sedih, tetapi kini tiada lagi
yang akan menemaniku. Bagiku, dialah sahabat baikku, guruku dan kekasih yang ku
sayangi dan cintai.
Aku tidak berhenti2 menangis sehinggakan aku dihidapi
penyakit. Penyakitku semakin teruk dan serius sehingga aku tidak mampu untuk
berjalan.aku menjadi lemah secara tiba2 dan ingatanku hanyalah pada arwah
sufian. Setiap hari aku membaca nota terakhirnya buatku dan jambangan bunga ros
yang telah semakin layu dan membusuk, Setiap hari aku menyebut namanya dengan
harapan dia datang menemaniku, dan setiap hari juga aku menelefonnya dengan
harapan dia akan berbual denganku. Tetapi semua itu hanyalah sia-sia. Aku tidak
dapat melihat wajahnya dan meluangkan masa bersama seperti yang telah kami
lalui selama ini. Andai aku tahu dia juga mempunyai perasaan yang sama
sepertiku, akan aku curahkan sayangku terhadapnya.
Puas aku menangis tetapi pian tidak juga datang
kepadaku.aku mula berasa ngntuk dan letih untuk menunggunya. Saat ini, Aku berasa
ingin tidur untuk merehatkan diriku dan mungkin ini adalah tidurku untuk
selama-lamanya.